MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA 2003


Sebahagian ibubapa dan penjaga murid yang hadir ...


SK Kolombong sejak dibuka hingga hari ini mempunyai PIBG yanng diurus selia oleh satu jawatankuasa penaja. Walau beberapa usaha telah dijalankan bagi mengesahkan jawatankuasa ini melalui satu mesyuarat agung gagal dilaksanakan disebabkan kekangan masa dan beberapa hal yang tidak dielakkan.

Namun berkat kesungguhan dan komitmen pihak pentadbir sekolah dan juga jawatankuasa penaja, pada 11 Januari , bersamaan hari Sabtu, jam 2.00 petang, telah berlangsung mesyuarat agung PIBG sekaligus mengadakan pemilihan ke jawatakuasa tetap.

Hampir semua ibubapa dan penjaga murid SK Kolombong sesi persekolahan 2003 ini telah hadir bagi memantapkan lagi perjalanan mesyuarat agung ini. Bersempena mesyuarat ini juga, satu majlis menandatangani Borang Perjanjian Skim Pinjaman Buku Teks juga telah di adakan sebaik sahaja mesyuarat tamat. Kegagalan ibubapa atau penjaga untuk hadir menandatangani perjanjian ini, bermakna mereka tidak berminat untuk skim pinjaman buku teks untuk anak-anak di bawah jagaan mereka.