MUKADIMAH
 
Pendidikan sekolah rendah adalah suatu program enam tahun yang memerlukan pengisian yang terancang dengan teliti. Kecemerlangan pendidikan menuntut para pendidik mengamalkan budaya kerja yang bermatlamat, berfokus dan bersistematik untuk mencapai peningkatan yang positif. Mengamalkan pengurusan yang cekap dan berkesan serta komitmen padu semua lapisan warga pendidik yang disokong oleh pihak ibubapa dan masyarakat / komuniti dalam membentuk satu pasukan kerja yang mantap. Ia merupakan tonggak utama untuk menghasilkan insan bestari sesuai dengan kehendak matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.

Program ‘Beyond Excellence’ yang dirancang , diisytihar , dan dilaksanakan adalah sebagai program kesinambungan untuk memberi peluang kepada sekolah melipatgandakan lagi usaha ke arah pencapaian yang lebih cemerlang. Dengan itu, warga sekolah ini perlu berikhtiar sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik seterusnya aspek — aspek lain yang merangkumi aspek pentadbiran kokurikulum , hal ehwal murid , keceriaan dan komuniti. Dengan harapan agar sekolah
ini dapat melahirkan murid yang cemerlang, yakni berilmu , bertaqwa , berakhlak mulia,
berdaya tahan , berdaya saing , berdisiplin , mempunyai semangat kesukanan dan aktif
dalam kegiatan luar dan mampu menjadi pemimpin.

Hasrat tersebut dapat dicapai jika setiap warga pendidik dan staf sekolah ini memainkan peranan masing — masing dengan penuh tanggungjawab dan komitmen yang tinggi, dedikasi , jujur dan ikhlas serta telus dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Di samping itu sokongan dan pihak ibubapa khususnya masyarakat luar merupakan penyumbang utama kejayaan program ini.
 
Carta Organisasi
 
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
 
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dan segi intelek, rohani emosi, dan jasman berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah: bagi pengetahuan , berketrampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan din serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

 
V I S I
 
Kecemerlangan dan tahap kualiti yang berterusan dalam semua aspek pendidikan ke arah melahirkan generasi pelajar yang berperibadi dan berakhlak mulia berilmu pengetahuan, berkemahiran , dan berbudaya saing adalah hasil pendidikan yang berkualiti daripada guru - guru yang berketrampilan, inovatif dan kreatif, berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini, memiiki budaya jati diri, produktif, dan cekap. Guru- guru yang berkualiti akan menghasilkan pelajar yang cemenlang sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
 
M I S I
 
Warga SK.Kolombong bertekad untuk merealisasikan Visi ‘Beyond Excellence’ dalam tempoh lima tahun ( 2002 — 2005) dengan itu Misi ‘BE’ diisytiharkan seperti berikut:
 
 
OBJEKTIF