Kabinet Baru Pengurusan SK Kolombong

Berkuatkuasa 1 Feb, pengurusan SK Kolombong telah melakukan rombakan kabinetnya di mana jawatan PK 1 yang disandang sebelumnya oleh En. Terunah diganti oleh En. Jasmi Wahid, PK Hem pula yang dijawat sebelumnya oleh En. Shafeih, kini dijawat oleh Marie Sigaron @ Sagaron, PK Kokum yang disandang oleh En. George Abun sebelumnya, kini disandang oleh En. Kamarudin Mad Arif.

Untuk itu, kepada semua bekas pemegang jawatan berkenaan, pihak pengurusan mengucapkan setinggi penghargaan atas sumbangan mereka sebelum ini. Bagi yang baru mengambil alih jawatan pula, pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kerana sanggup menerima cabaran dengan jawatan tersebut.

Kepada semua warga SK Kolombong, kerjasama anda serta komitmen tinggi bersama kabinet baru ini adalah perlu bagi meneruskan kesinambungan pengurusan SK Kolombong bagi sesi 2004 ini!