| Isi Buku Lawatan | Baca Buku Pelawat |

 
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIIN UPSR 2003
Pihak sekolah akan mengadakan majlis Solat Hajat dan Bacaan Surah Yaasiin sempena peperiksaan UPSR yang akan dihadapi oleh murid-murid Tahun 6 bermula 15 September ini. Kepada semua ibu bapa dan penjaga murid SK Kolombong, adalah diharapkan dapat menghadiri majlis berkenaan pada 04 September, jam 6.00 petang bertempat di Surau Nur Hikmah, SK Kolombong.
 
KHAMIS, 21 OGOS BERSAMAAN 23 J.AKHIR 1424
 
Kerja-kerja menyiapkan Replika Jalur Gemilang berasaskan botol meneral plastik terus giat dijalankan sementelah tarikh akhir yang diberi semakin dekat. Masalah besar sekarang ialah kurangnya bekalan bahan ini. Kepada sesiapa yang berkenaan yang memiliki stok botol-botol terpakai ini, sayugialah pihak penganjur memohon ehsan semua agar dapat menghulurkan botol-botol berkenaan bagi membantu menyiapkan Replika Jalur Gemilang 2003 ! Untuk itu, pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan projek ini - "KERANAMU MALAYSIA"
 

..guru prihatin dengan tanggungjawab yang diamanah bagi membantu menyiapkan Projek Replika Jalur Gemilang - kelihatan En. Aziz, En. Masdan dan En. Kamarudin sedang mengumpul botol-botol meneral terpakai di Padang Sukma, Likas.

..sebahagian murid sedang giat membuat ikatan kemas kepada botol bagi memudahkan untuk menyusun dalam replika gergasi Jalur Gemilang

...hai, bila la nak siap jalur gemilang nie...mungkin itulah yang sedang bermain dalam fikiran murid ini, namun kesungguhan untuk membantu menyiapkan projek ini tetap utuh...

....macammana En. Kamarudin! Cukup ke, bekalan botol untuk projek nie?

..heeee, cukup ker botol-botol nie, projek

2 buah kenderaan pacuan 4 roda digunakan bagi mengangkut botol-botol meneral plastik yang berjaya dikumpulkan..

..begitu asyiknya dua orang murid perempuan ini mengikat botol-botol meneral. Kerja-kerja ini dilakukan semasa waktu KoKum
 
 
 

ISNIN, 18 OGOS BERSAMAAN 20 J.AKHIR 1424

 
Bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan, SK Kolombong turut memeriahkan dengan beberapa aktiviti. Antara yang bersifat 'grand' ialah membina JALUR GEMILANG berasaskan bahan buangan dari botol minuman plastik. Saiz yang akan dibina anggarkan mencecah 70 kaki x 30 kaki, antara percubaan pertama yang dilakukan. Masa yang diambil bermula hari ini hingga 29 Ogos ini. Ini memandangkan bekalan botol minuman plastik yang agak terhad. Sumber perolehan utama bekalan bahan ini adalah dari kalangan murid dan kakitangan SK Kolombong sendiri. Hingga hari ini, sebanyak hampir 4000 botol minuman plastik berjaya dikumpulkan. Jumlah ini adalah 1/3 dari anggaran keperluan keseluruhan.
 
..sebahagian dari kerja-kerja permulaan dilakukan semasa rehat oleh murid-murid dengan dipandu oleh GPK KoKum. Memandangkan masa yang terhad tanpa mengganggu masa P&P, murid dan kakitangan SKK melakukan semasa rehat dan waktu lapang yang ada.

..krew program JALUR GEMILANG 2003, sedang sibuk menjumlah botol minuman plastik yang berjaya dikumpulkan oleh murid-murid untuk direkodkan. Ini bertujuan bagi menentukan siapa yang berjaya mengumpul terbanyak kerana ada hadiah disediakan untuk itu.

..aktiviti P&P oleh Guru Praktikum KPLI PA/SR

..En. MOHD ZURAIDI B. MOHAMED begitu asyik dengan anak murid ketika sesi P&P hingga tak tersedar, rakaman dibuat oleh krew web SKK. Syabas kerana menyahut cabaran, KPLI turun mengajar di sekolah rendah...
 

 
 


| Arikib Berita 1 | Arkib Berita 2 | Arkib Berita 3 | Arkib Berita 4 |

© Hak Cipta adalah tidak terpelihara. Semua kandungan dalam laman ini boleh diedit semula demi kepentingan iklim pendidikan semasa.