SABTU, 09 OGOS : ABACUS AND MENTAL ARITHMETIC COURSE FOR YEAR 1
 
Hari ini, satu kursus intensif sehari Peringkat Zon Inanam diadakan di Bilik Gerakan, SK Kolombong. Kursus dikendalikan oleh guru yang berkursus sebelum ini mewakili sekolah masing-masing. Kursus disampaikan dalam dwi-bahasa. Peserta adalah di kalangan guru yang mengajar Matematik dalam sekolah Zon Inanam. Lihat Jadual
 
 
Majlis Penutupan Minggu Pendidikan Islam 2003
 
Perasmian Penutup Minggu Pendidikan Islam 2003 dilakukan oleh Guru Besar SK Kolombong, EN. Jaafar Hj Othman.

 


..hadiah disampaikan oleh Guru Besar kepada pemenang..


Johan Syarahan Minggu Pendidikan Islam 2003

 
Laporan Harian : Khamis, 07 Ogos 2003
 
..walau mereka berada di kelas pendidikan khas, namun kewajaran mendapat hak yang sama peluang pembelajaran tetap diberi.

Gambar menunjukkan murid kelas Pendidikan Khas sedang menjalani sessi Pendidikan Jasmani di bawah bimbingan En. Mazlan
 
Laporan Harian : Rabu, 06 Ogos 2003
 
Hari KoKum minggu ini ialah Unit Beruniform : Puteri Islam, Pengakap, Tunas Puteri dan Bulan Sabit Merah

Manakala Sukan/Permainan pula Perlawanan Antara Rumah Sukan Bola Baling. Kehadiran murid dianggarkan 80 % manakala kehadiran guru pula dianggarkan 90% dengan bersebab. Seramai 8 orang guru PRAKTIKUM (KPLI&KDPM) turut serta aktiviti KOKUM petang ini.
 
..Pn. Azizah, guru Pendidikan Khas begitu khusyuk dalam melakukan kerja-kerja keceriaan Bilik Pendidikan Khas. Menurut Pn. Azizah, ini adalah antara cara yang diolah dalam merangsang minat dan penglibatan muridnya dalam P&P. Semoga usaha yang dilakukan oleh Pn. Azizah ini merangsang guru lain dalam melakukan sesuatu demi pembangunan proses P&P di SK Kolombong ini. 
 
...untuk kesekian kalinya, hari ini, Rabu, 06 Ogos, Syarikat Nestle Sdn. Bhd, Kota Kinabalu, terus menaburkan bakti dan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat pengguna khasnya murid-murid SK Kolombong...

 
 

...kesungguhan sekumpulan guru pelatih dari Maktab Perguruan Gaya sedang menyediakan bahan semasa sesi latihan mengajar mereka.



Sorotan gambar aktiviti sempena Minggu Pendidikan Islam 2003...
 

..guru bertugas sedang mengagihkan kategori pertandingan

..pegawai pertandingan sedang memberikan taklimat kepada peserta

..peserta pertandingan diberi borang penyertaan oleh guru bertugas..

...peserta yang terlibat dengan aktiviti Minggu PAI begitu bersemangat menyertai pertandingan kali ini

..peserta sedang khusyuk menumpukan perhatian kepada acara yang sedang berjalan - Pertandingan Tulisan Jawi

 



SELAMAT DATANG GURU PELATIH KPLI SR SESI OGOS/OKT 2003

AMRAN MANSOR
UNIVERSITI MALAYA KL
Negeri Asal : Kelantan D.N
KPLI PA/SR

Pengalaman Mengajar - 1 Tahun
   
VANJIT KAUR
UKM, BANGI
Negeri Asal : Johor D.T
KPLI PI/SR

Pengalaman Mengajar - 5 Bulan
   
MOHD ZURAIDI B. MOHAMED
IAIN ACHEH
Negeri Asal : Kelantan D.N
KPLI PA/SR

Pengalaman Mengajar - 6 Bulan
   
LIEW WEAN CHEE
UUM
Negeri Asal: Sandakan, SABAH
KPLI  PI/SR

Pengalaman Mengajar : 8 Tahun

KID BALL PERINGKAT PANTAI BARAT SELATAN

Laporan dari Unit Ko-Kurikulum menyatakan bahawa pasukan Kid Ball SK Kolombong berjaya mewakili Zon Inanam ke Pertandingan berikutnya di Peringkat Pantai Barat Selatan. Jika pasukan ini berjaya meningkatkat prestasi mereka, tidak syak lagi mereka akan menempah tiket ke peringkat negeri seterusnya kebangsaan.
SK Kolombong merupakan pusat pemilihan ke peringkat negeri, sekaligus menjadi pusat latihan bagi Kid Ball Negeri.
SK Kolombong juga telah diberi mandat untuk menganjurkan buat kali pertamanya Karnival Kid Ball Peringkat Negeri pada 2001.
Maklumat lengkap berkenaan permainan ini boleh dirujuk kepada Penyelaras Negeri, En. Johny Siompon, SK Bentayan, Inanam. Pegawai di peringkat PBS pula ialah En. George Abun, SK Kolombong.
 
 

...sebahagian murid tahun 6, SK Kolombong yang begitu ceria dalam membuat persediaan awal bagi menghadapi cabaran UPSR yang akan menjelang tidak berapa lama lagi...


| Arikib Berita 1 | Arkib Berita 2 |