Berita Semasa ...   ::Anda perlu memuaturun RealPlayer jika tiada dalam PC anda, untuk mainkan file video::
 

06 Mar, Berikutan masalah air yang dihadapi oleh sekolah, pihak pentadbiran terpaksa mengambil tindakan drastik dengan membina sendiri tangki air sementara bagi menadah air hujan sebagai alternatif kepada penyelesaian sementara masalah air yang sangat kritikal sekarang. bayangkan bila murid tahun satu masuk ke tandas, sedangkan air tiada, 'benda' tu kena di'keluar'kan juga.... Masalah ini telah berkali-kali dilaporkan kepada pihak berwajib, namun hingga hari ini, masalah air semakin rumit ...
 
Aktiviti latihan kebararan 200306 Mar, latihan kebakaran telah diadakan dengan kerjasama Jab. Bomba & Penyelamat Kota Kinabalu. Antara program yang dijalankan ialah sesi taklimat dan soaljawab serta demonstrasi memadam kebakaran.

RealVideo - 56kbps


27 Feb, Bariiiiiissss ! Sedia ! demikianlah kata arahan dari Ketua Kontenjen Perbarisan SK Kolombong ke pertandingan perbarisan sempena MSS Peringkat Zon Inanam Kota Kinabalu di Stadium Likas, bermula hari ini.
 
 
SYABAS !
27 Feb, 6 dari 8 buah sekolah yang mendapat 100 % SPM 2002 adalah dari sekolah aliran agama bantuan penuh kerajaan di Negeri Sabah. Sekolah berkenaan ialah SMKA Kota Kinabalu, SMKA Inanam, SMKA Limauan, SMKA Ranau, SMKA Sandakan dan SMKA Tuan Sakaran, Semporna. Anda yang berada di sekolah berkenaan seharusnya bangga dengan pencapaian ini. Semua ini adalah hasil dari usaha gigih semua pihak di samping solat hajat, doa dan tawakkal yang sungguh-sungguh kepadaNya, penentu segala kesudahan. Kita yakin tanpa itu semua, siapalah kita untuk meraih kejayaan sedemikian - wallaahua'laam..
 
19 Feb, Mesyuarat Pengetua dan Guru Besar Daerah Kota Kinabalu diadakan bertempat Bilik Gerakan SK Kolombong. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Puan Pegawai Pendidikan Daerah Pantai Barat Selatan.
 
18 Feb, Kuiz Sains Peringkat Sekolah telah diadakan. Kuiz ini bermula dari jam 10.40 hingga 12.00 T.hari. Kuiz ini diadakan bagi memilih calon yang akan mewakili sekolah peringkat Zon nanti. Perserta adalah di kalangan murid Tahap Dua.
 
15 Feb, bersamaan 13 Zulhijjah, berlangsung Majlis Qurban & Aqiqah Peringkat Zon Inanam 2003/1423H bertempat di SMK Inanam. Alhamdulillah, kali ini sebanyak 4 ekor lembu telah selamat di qurban/aqiqahkan. Semoga dengan adanya majlis seperti ini, masyarakat Islam setempat akan lebih merasai peripentingnya ibadah ini di sertai oleh mereka. Klik untuk RealVideo1 , RealVideo2





 
25 Jan,  'in-house training' bagi perubahan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 dan Bahasa Inggeris Tahun 1 telah diadakan di bilik mesyuarat SK Kolombong.





Semua guru SK Kolombong terlibat dengan program ini. Dua penyampai yang bertugas pada program ini ialah Puan Dayang Aisyah Alinor bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Cik Norhanizawaty bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 1. Alhamdulillah dua penyampai ini dapat mempersembahkan dengan begitu baik dalam penyampaian mereka. Semoga semua guru mendapat manfaat dari apa yang  disampaikan. Selepas ini akan ada lagi program yang serupa bagi mata pelajaran yang lain untuk didedahkan kepada semua guru.


 

24 Jan, Kuiz Agama Islam Peringkat Sekolah telah di adakan bagi persediaan menghadapi Kuiz MTQ peringkat Zon dan Daerah. Pada peringkat ini, peserta adalah di kalangan rumah sukan.







 

17 Jan, 2003, Satu majlis ringkas penyerahan sumbangan ehsan kakitangan kepada Eb. Aziz Rabani atas musibah yang menimpa keluarga beliau di mana bayi yang baru dilahirkan oleh isteri beliau telah meninggal dunia di IJN, KL, Disember lalu. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini...bersama kita sedekahkan al-fatehah...
 

Pada 16 Jan, SK Kolombong menerima tetamu bila diamanahkan sebagai tuan rumah bagi majlis tahlil sempena pemergian Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, En. Abd Rahim Razali menunaikan ibadah Haji 27 jan ini.




Majlis tahlil ini diadakan di surau SK Kolombong, di mana kehadiran adalah di kalangan guru-guru sekolah dalam PPD Kota Kinabalu.
Alhamdulillah, kehadiran sangat menggalakkan di mana hampir 100 orang telah bersama menjayakan majlis tahlil ini.










Majlis dimulai dengan solat maghrib berjemaah, diikuti dengan solat hajat, bacaan Yaasiin, tahlil dan solat Isya'. Setelah selesai, para tetamu sempat mendengar pesanan En. Rahim sementelah beberapa hari lagi akan berangkat ke Makkatul Mukarramah.






Antara yang disentuh dalam pesanan ringkas tersebut, di mana En. Rahim telah menceritakan pengalaman beliau bagaimana mulanya hasrat yang memuncak untuk menunai Rukun Islam ke-5 ini. Walaupun pesanan beliau itu disampaikan dalam nada 'bergurau' namun sebenarnya ia sangat terkesan bila menceritakan detik-detik bermulanya cita-cita beliau untuk menunaikan haji. Semoga beliau mendapat haji yang mabrur, insyaAllah.








Majlis ini turut dihadiri oleh rakan guru dari kalangan yang bukan Islam. Ini menunjukkan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh mereka, semata meraikan rakan mereka.
 
 

© Segala kandungan dalam laman ini adalah hakmilik SK Kolombong. Sebarang penyalinan semula dalam apa juga bentuk hendaklah mendapat keizinan secara bertulis dari pihak pentadbir. Sebarang cadangan bolehlah dikemukakan kepada webmanager