Make your own free website on Tripod.com

PIAGAM PELANGGAN SK KOLOMBONG

1- Semua murid akan diberikan pendidikan mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan.
2- Semua murid akan akan diterapkan dengan nilai-nilai murni melalui pendidikan agama dan moral bagi melahirkan insan yang cemerlang, berakhlak dan berdisiplin.
3- Semua murid Tahap Dua dimestikan menyertai tiga kegiatan Ko-Kurikulum yang ditetapkan.
4- Memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai apa jua aktiviti berteraskan pendidikan yang dianjur oleh sekolah, Jabatan Pendidikan, agensi kerajaan dan swasta.
5- Memastikan keselamatan semua murid dalam kawasan sekolah terkawal.
6- Memastikan kebajikan semua murid.
7- Memastikan semua murid sentiasa dalam keadaan kemas dan segak.
8- Mengambil tindakan disiplin mengikut peraturan yang ditetapkan secara adil.
9- Sentiasa berusaha menjaga imej dan kualiti sekolah.
10- Memastikan semua murid dapat menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh sekolah dan Jabatan Pendidikan.
11- Memastikan semua murid mematuhi dan mengamalkan peraturan sekolah.
12- Memastikan ibubapa / penjaga mendapat maklumat terkini berhubung pendidikan anak-anak mereka.
13- Memastikan kebajikan GURU dan KTBM terpelihara.
14- Memastikan semua maklumat dan data dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian dan lain-lain Bahagian sehari selepas diminta.