FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


..rujukan web

Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran , berhaluan , berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Latar Belakang :

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran S.K Kolombong Inanam telah dibuka pada 2hb Febuari 2001. Jumlah murid pada ketika itu ialah seramai 14 orang dengan tiga orang guru. Murid-murid dibahagikan kepada dua kelas iaitu kelas Kancil dan Kembara.
Kategori masalah murid adalah lembam,autisnia dan hyperaktif.


Definisi :

Definisi murid-murid Bermasalah Pembelajaran ialah :

Murid-murid Bermasalah Pembelajaran merupakan murid-murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan berikut:

a. Kebolehan kognitif
b. Tingkalaku sosial I perkembangan sosial
c. Penguasaan bahasa ( lisan,Petuturan)
d. Keupayaan membaca
e. Kemahiran perkembangan (developmental skills )
f. Kemahiran Matematik


Prosedur Rujukan dan Penempatan:

a) Bagi kanak-kanak yang belum berada di dalam sistem persekolahan,mereka
mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan

b) Bagi kanak-kanak yang berada di dalam sistem persekolahan mereka perlu
mendapatkan pengesahan Guru Besar dan Jabatan Kesihatan.

c) Kanak-kanak yang telah disahkan dalam pakar dan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendaftaran dan penempatan untuk dipertimbangkan.


Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnotik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar murid-murid yang bermasalah pembelajaran ialah:

a) Fizikal
-Bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor murid-murid ini tidak banyak berbeza dengan murid-murid biasa.

b) Intelek
- Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi
intelek yang tertentu yang diperlukan dalam pembelajaran di sekolah. Sebagai contohnya, mereka mempunyai rendah daya ingatan , kebolehan terhad dalam bidang generalisasi, penguasaan bahasa yang terhad. Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah.


- Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi murid-murid
bermasalah pembelajaran tidak sama dengan murid biasa.Mereka hanya dapat mempelajan apa yang dipelajan oleh murid-murid biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.


c) Tingkah laku:

- Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap
sesuatu.
- Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yan berulang-ulang hasil
daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka.
- Sikap dan nilai sosial mereka tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid
biasa.
- Minat mereka adalah selaras dengan murid-murid yang mempunyai mental
yang sama dengan mereka.


Rasional

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu prorgram khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini dengan mengambil kira aspek-aspek seperti masa , bahan ,budaya ,kelas ,teknik mengajar ,bantuan kepakaran danpenglibatan masyarakat.

Matlamat

Kurikulum murid-murid bermasalah pembelajaran adalah bertujuan untuk
melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu
mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani , jasmani , emosi bakat, akhlak , nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berdikari dan dapat menyumbangkan


kepada pembangunan negara serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kernakmuran masyarakat dan negara.


Objektif

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
- menguasai kemahiran berkomunikasi.
- Menguasai kemahiran bergaul.
- Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling.
- Menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
- Menguruskan hal-hal kehidupan seharian.
- Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
- Melibatkan diri dalam bidang rekreasi.
- Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor.
- Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
- Mengembangkan potensi , bakat , dan daya kreatif serta intelek.
- Membolehkan murid melakukan praktis asas dan dapat menjalankan kerja dengan sendiri.

Organisasi kurikulum

Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran dirancang untuk membolehkan kanak-kanak mencapai kemahiran berdasarkan objektif-objektif yang talah ditetapkan.
Kurikulum ini mengandungi bidang-bidang berikut:

A: Bidang komunikasi
B: Bidang Sosial dan Alam Sekeliling
C: Bidang Kemahiran Amali untuk berdikari / kemahiran hidup.
D: Bidang Rekreasi dan daya kreatif.
E: Bidang nilai dan kerohanian.