Make your own free website on Tripod.com
Berita Semasa ...
 
Pada 16 Jan, SK Kolombong menerima tetamu bila diamanahkan sebagai tuan rumah bagi majlis tahlil sempena pemergian Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, En. Abd Rahim Razali menunaikan ibadah Haji 27 jan ini.




Majlis tahlil ini diadakan di surau SK Kolombong, di mana kehadiran adalah di kalangan guru-guru sekolah dalam PPD Kota Kinabalu.
Alhamdulillah, kehadiran sangat menggalakkan di mana hampir 100 orang telah bersama menjayakan majlis tahlil ini.










Majlis dimulai dengan solat maghrib berjemaah, diikuti dengan solat hajat, bacaan Yaasiin, tahlil dan solat Isya'. Setelah selesai, para tetamu sempat mendengar pesanan En. Rahim sementelah beberapa hari lagi akan berangkat ke Makkatul Mukarramah.






Antara yang disentuh dalam pesanan ringkas tersebut, di mana En. Rahim telah menceritakan pengalaman beliau bagaimana mulanya hasrat yang memuncak untuk menunai Rukun Islam ke-5 ini. Walaupun pesanan beliau itu disampaikan dalam nada 'bergurau' namun sebenarnya ia sangat terkesan bila menceritakan detik-detik bermulanya cita-cita beliau untuk menunaikan haji. Semoga beliau mendapat haji yang mabrur, insyaAllah.








Majlis ini turut dihadiri oleh rakan guru dari kalangan yang bukan Islam. Ini menunjukkan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh mereka, semata meraikan rakan mereka.
 
 

Segala kandungan dalam laman ini adalah hakmilik SK Kolombong. Sebarang penyalinan semula dalam apa juga bentuk hendaklah mendapat keizinan secara bertulis dari pihak pentadbir. Sebarang cadangan bolehlah dikemukakan kepada webmanager