Tragedi di Makkah:


  • 4 Disember 1979 – 75 pelampau ahli Sunnah Islam yang merampas Masjidil Haram di Makkah, dibunuh dalam pertempuran dengan polis Arab Saudi. Berpuluh-puluh tentera Saudi turut terbunuh.

  •  
  • 3 Ogos 1980 – Kapal terbang Pakistan yang membawa jemaah haji terbakar sejurus selepas berlepas dari Jeddah menuju Riyadh mengorbankan 301 orang.

     
  • 31 Julai 1987 – 402 orang, kebanyakannya jemaah haji Iran, terbunuh dan 649 lagi cedera di Makkah apabila pasukan keselamatan bertempur dengan jemaah Iran yang mengadakan tunjuk perasaan anti-Amerika Syarikat.

     
  • 9 Julai 1989 – Dua bom meletup di Makkah, menyebabkan seorang jemaah haji terbunuh dan 16 lagi cedera. Arab Saudi menyalahkan pengganas yang ditaja Iran melancarkan serangan itu.

     
  • 2 Julai 1990 – 1,426 jemaah haji terbunuh akibat terpijak dalam terowong pejalan kaki di Mina. Ia adalah tragedi terburuk ketika musim haji.

     
  • 21 Mac 1991 – 92 tentera Senegal yang menyertai pasukan tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat untuk membebaskan Kuwait daripada pendudukan Iraq, terbunuh apabila kapal terbang pengangkut Arab Saudi terhempas di barat laut negara itu. Tentera itu dalam perjalanan pulang ke pangkalan selepas menunaikan haji di Makkah. Enam krew Arab Saudi turut terkorban.

     
  • 23 Mei 1994 – 270 jemaah haji terbunuh akibat terpijak ketika jemaah berebut-rebut untuk melontar batu di Jumrah di Mina.

     
  • 15 April 1997 – Api yang dibawa angin deras menyebabkan kebakaran di kawasan perkhemahan di Mina, memerangkap dan membunuh lebih 340 jemaah haji dan 1,500 lagi cedera.

     
  • 9 April 1998 – Kira-kira 180 jemaah haji mati terpijak ketika keadaan panik yang tercetus selepas beberapa orang terjatuh daripada satu jejantas ketika melontar jumrah di Mina.

     
  • 5 Mac 2001 – 35 terbunuh akibat terpijak ketika berebut-rebut untuk melontar Jamrah di Mina.

     
  • 12 Februari 2003 14 jemaah haji mati terpijak di kawasan tempat melontar Jamrah disebabkan kesesakan.

  • Sumber : Berita Harian On Line 1 Feb 2004
     

     


    ©Segala bahan yang ada dalam laman ini adalah milik UPIM PPGKK. Sebarang salinan semula dalam apa bentuk sekalipun
    hendaklah dengan makluman UPIM PPGKK