Sejarah

1) Peringkat awal zakat al mal al mustafad hanya berkaitan dengan persoalan
pertambahan nisab zakat binatang ternakan dan zakat perniagaan. Ianya
disebabkan pertambahan dengan cara pembelian / pemberian warisan dan
pembiakan. Al Imam Malik b. Anas (M 179H) berkata :

"Barang siapa memiliki ternakan lembu, unta atau kambing, dia wajib
mengeluarkan zakatnya setelah melewati setahun haul sejak dari pemilikan,
kecuali jika sebelumnya dia memiliki ternakan tidak cukup nisab. Batas nisab
ternakan bermula danpada lima ekor unta, tiga puluh ekor lembu dan empat
puluh ekor kambing. Apabila seseorang itu memiliki lima ekor unta, tiga puluh
ekor lembu dan empat puluh ekor kambing, kemudian ditambahkan dengan
beberapa ekor unta, tembu dan kambing secara beli, hadiah atau warisan, maka
dia wajib mengeluarkan zakat tambahan itu bersama-sama dengan ternakan milik
sebelumnya walaupun tambahan terkemudian itu belum cukup haul sama ada
telah ditunaikan atau belum ditunaikan zakatnya sebelum dijual dihadiah atau
diwariskan."

Tambah Al Imam MaIik lagi,

Persoalan di atas boleh dipadankan dengan perak (wang) yang telah dizakati
oleh seseorang yang kemudian dibelikan sesuatu barang daripada orang lain,
pada hal barang jualan itu telah dikeluarkan zakatnya ketika dijual. Dengan itu
seseorang telah mengeluarkan zakat pada hari ini, keesokan hari, orang lain pula
mengeluarkan zakatnya.

Kata Al Imam Malik lagi,

Apablla seseorang memiliki kambing yang belum wajib zakat, lalu ia membeli
atau mewarisi kambing yang banyak tapi belum sampai paras nisab ia tidak
wajib membayar zakat hinggalah genap setahun haul keseluruhan kambingnya
itu. Haul dikira daripada masa pembelian atau warisan, Itulah nisab harta
tambahan ternakan yang wajib dibayar oleh pemiliknya. Seandainya seseorang
memiliki unta, lembu atau kambing, tiap-tiap jenis itu sudah wajib zakat
kemudian mendapat tambahan maka dia wajib mengeluarkan ternakan asal dan
tambahan bersama.

Imam Malik juga membuat komentar mengenai konsep zakat al mal mustafad
yang dikenakan kepada binatang al masyiyah katanya,
"Apabila seseorang memiliki kambing yang jumlahnya kurang danipada nisab,
sehari sebelum pengurus zakat menaksirkan zakatnya, kambing itu beranak sehingga mencapai genap nisab, maka kambing itu wajib dikeluarkan zakatnya
kerana anak kambing itu berasal dari ibunya (induk). Hal ini berbeza dengan
tambahan melalui pembelian, hadiah & warisan. Hal ini boleh dibandingkan
dengan barang dagangan yang tidak cukup nisab tetapi barang itu dijual
mendapat keuntungan yang rnencapai nisab, maka keuntungan bersama modal
hendaklah dikeluarkan zakat. Tetapi kalaulah penambahan (keuntungan) itu
bersumber kepada pembelian atau warisan maka keuntungan dan modal itu
tidak diwajibkan zakat kecuali setelah genap setahun haul daripada tarikh
pembelian pesaka dilakukan. Kata Imam Malik lagi, "Anak kambing itu sama
dengan keuntungan harta, walaupun terdapat sedikit perbezaan, contohnya
ialah apabila seseorang memiliki emas dan perak (wang) cukup satu nisab
kemudian mendapat tambahan lagi.

Bentuk emas dan perak itu boleh membuat dua pembayaran zakat:

Pertama :
Harta tambahan boleh dilewatkan zakat sehingga mencapai genap haul dan

Kedua :
Pemilik itu boleh bayar zakat setelah dijumlahkan bersama harta yang
asal. Sekiranya pemilik binatang ternakan unta, lembu dan kambing yang telah
mencapai nisab kemudian mendapat pertambahan unta, lembu atau kambing,
maka ia wajib mengeluarkan zakat ternakannya itu bersama dengan ternakan
asal.

Bagi modal yang kurang daripada nisab tidak wajib dizakatkan. Begitu juga
dengan upah dan tebusan hamba (al mal al mustafad) yang dibayar secara
beransur-ansur tidak diwajibkan zakat kecuali sempurna setahun haul.

‘'Ilat (sebab hukum) utama sesuatu harta itu diwajibkan zakat ialah harta itu
berfungsi dan berpotensi untuk berkembang secara semulajadi (tabi’i) atau
diusahakan (kasbi).

Menurut pendapat Al Dardar, Dr. Yusuf AL Qardawi dan Husayu Husa’yu
Syahatah, berkembang sesuatu harta itu boleh dilihat melalui

- Keuntungan (Al Ribh) secara jual beli
- Berusaha
- Al Faldah
- Pembelian
- Kerja kepakaran ahli professional seperti upah, gail fee, bonus anugerah
atau pemberian pindahan seperti pencen, subsidi, elaun, hadiah dan
pampasan dan sesuatu yang sama dengannya.

Sistem zakat Al Mal Al Mustafad pada masa Nabi Muhammad S.A.W., Shabil dan
Tabi'I dirham setiap hari. Skim ini juga berdasarkan taraf perkahwinan itu sama
ada orang itu berumahtangga atau tidak atau masih bujang.

Abu Ubayd meriwayatkan bahawa selain diberi al mal al mustafad di dalam
bentuk wang, ia juga dibayar dengan barang-barang pengguna (barang-barang
yang digunakan secara langsung seperti makanan, pakaian dan lain-lain). Al
Mustawrid b. Sajidad AL Fihri (M 45) meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad
S.A.W. pernah bersabda dengan maksudnya :

"Sesiapa sahaja yang aku (Nabi) lantik menjadi penjawat jawatan awam jika
mereka masih bujang aku akan kahwinkan, jika tidak mempunyai rumah akan
aku sediakan tempat tinggal, jika tidak ada kenderaan aku mengadakan dan jika
mereka tidak memiliki khadam aku akan menyediakannya. Maka sesiapa yang
menerima selain daripada itu mereka dianggap telah melakukan penggelapan
atau mencuri ".

2) Al Ata’ (Al Mal Al Mustafad) atau sesuatu yang seumpamanya yang
dilaksanakan secara sesi lawatan oleh Khalifah Abu Bakar Al Siddiq R.A. (M13H).
Perbendaharaan di mana beliau mendapat sumber kewangan daripada rampasan
perang (Al Ghanimah) yang besar. Suatu hari Khalifah memaklumkan kepada
orang ramai sesiapa yang pernah menerima janji daripada Rasullullah datanglah
menemui aku lalu datang Jabir b. Abd. Allah, seraya berkata, Rasullullah
bersabda “Jika datang harta dari negeri Bahraya aku akan berikan kamu bahagian
sekian sambil menggenggamkan tapak tangannya.

Dengan kenyataan ini, Jabil b. Abd. Allah mendapat al ata’ sebanyak 1000
dirham.

Harta itu, dibahagi sama rata oleh Khalifah. Pembahagian ini berdasarkan
keutamaan dan jasa keislaman seseorang, kata Abu Bakar:

"Adapun keutamaan dan kelebihan yang kalian utarakan itu aku lebih
mahukan (tindakan beliau dikritik oleh masyarakat) kesemuanya itu akan dibalas
dengan pahala oleh Allah S.W.T. sedangkan ini adalah persoalan kehidupan
makan minum. Oleh itu bersikap uswah ( patuh/contohi) untuk lebih mulia
daripada bersikap melebih-lebihkan kemuliaan (athrah) kadar Al Mal Al Mustafad
yang dibayar oleh khalifah Abu Bakar R.A. pada tahun pertama — 7 1/3 dirham
setiap individu miskin kecuali Jair b. Abdallah sahaja terima 1000 Dirham. Tahun
kedua — 20 Dirham.

Menurut riwayat yang diutarakan oleh Al Qasim b. Muhammad (M 108H) katanya:

"Apabila Khalifah Abu Bakar mengeluarkan bayaran Al MaI Al Mustafad atau
mengnugerahkan harta kepada tenteranya. Beliau mengarahkan pegawai
perbendaharaan supaya mengisytiharkan harta simpanan mereka terlebih
dahulu. Jika mereka memiliki harta yang cukup nisab (kemungkinan setelah
dicampur al mal al mustafad) serta genap haul Al Mal Al Mustafad itu akan
dipotong sebagai bayaran zakat. Sebaliknya jika mereka tidak memiliki harta
simpanan yang cukup nisab / Al Mal Mustafad itu akan dibayar sepenuhnya.

3) Masa pemerintahan Umar b. Al Khatab sistem zakat Al Ma! Al Mustafad lebih
kemaskini. Khalifah Umar Al Khatab R.A. ada menyebut antaranya:

"Maka orang yang terdahulu hijrahnya mereka diutamakan untuk dibayar
al mal al mustafad (Al Ata’) orang yang terkemudian hijrahnya, dikemudiankan
pula bayaran Al MaI Al Mustafad mereka.

Untuk menampung bayaran al mal al mustafad panduan Umar r.a mengarahkan
Saad b. Abi Waqqas (M 55H) sebagai pegawai di Negara Iraq dan Syria supaya
mengekalkan pemilikan tanah dan sungai kepada pemilik asal dan diwajibkan
kharaj (cukai tanah). Al Mal Al Mustafad ini dibayar kepada ketenteraannya.
Harta perang dibahagi sebagai Al Ghanimah.

Apabila hasil ‘Kharaj’ telah banyak terkumpul di Baitulmal, Khalifah Umar
menjemput para sahabat Nabi S.A.W. untuk bincang persoalan al mal al
mustafad (al ata’) yang kemudian diberi keutamaan kepada keluarga Rasulullah
s. a. w.

Masa khalifah Umar, al mal al mustafad dibayar berdasarkan kepada merit
(kelayakan) atau keutamaan yang diperkenalkan bagi menggantikan skim yang
sama rata yang diaksanakan sebelumnya.

3) Di masa pemerintahan khalifah Uthman B. Affan — Aisyah Bte Qudaimah
meriwayatkan daripada ayahnya Qudaimah b. Mazuh (153H).
Apabila aku menemui khalifah Uthman B. Affan bertanya” Adakah kau memiliki
hartanya yang diwajibkan zakat? Lalu aku menjawab ‘Ada’ beliau akan
memotong Al Mal Al Mustafad itu kalau aku menjawab Tidak ada. Beliau akan
menyerahkan Al Mal Al Mustafad itu sepenuhnya.

Ertinya khalifah Uthman laksanakan zakat pendapatan, elaun dan gaji secara
tangsung daripada rakyatnya yang kaya apabila semua harta dimiliki cukup
nisab.

5) Pada masa pemerintahan Umawiyyah, Khalifah Muawiyah b. Abi Sufyan (M
60H) dilaksanakan sistem zakat Al Mal Al Mustafad secara sistematik kepada
pegawainya. Al Zuhri (M124H) berkata ‘Orang pertama yang memungut zakat al
mal al mustafad secara langsung ialah amir mukminin Muawiyah b. Abi Sufyan.
Dasar Al Mal Al Mustafad yang diperuntukan oleh para sahabat diperluaskan lagi
sistemnya oleh Khalifah Umar b. Abd. Al Aziz (M 101H).
Al San'am (M 211H) meriwayatkan daripada Al Thawri (M 160H) dengan katanya,

"Setelah Khalifah Umar b. Abd. Aziz membayar Al Mal Al Mustafad kepada
pegawainya beliau mengambil zakatnya daripada Al Mal Al Mustafad."

Jadi jelas bahawa sistem pembayaran Al Mal Al Mustafad (Al Ata’) pernah
dilaksanakan di masa Nabi Muhammad s.a.w. tetapi kadarnya kecil mulanya
barang penggunaan sahaja maka pada masa itu Al Mal Al Mustafad tidak
menonjol tetapi kemudiannya di zaman pemerintahan Khalifah Al Rashid ianya
telah berkembang dan kadar Al Mal Al Mustafad juga telah tinggi meningkat di
antara 800 — 16000 Dirham, maka wajarlah ketika itu zakat Al Mal Al Mustafad
mula dikenali.

6) Masa Kini

Usaha untuk memperluaskan harta kenaan zakat — khasnya zakat
pendapatan bebas dan professional. Juga dikenali sebagai zakatharta iaitu Al
Mal Al Mustafad.

Di Malaysia

Langkah awal dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wllayah Persekutuan JAWI melalui Baitulmalnya telah dikeluarkan secara sukarela kepada orang ramai — kemudian terus dilaksanakan bila PPZ MAIWP ditubuhkan 1990, tambahan pula di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta Bil 53 tahun 1967 Syeksyen 6A (3) — Rebat Cukai) diberi atas zakat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama. Yang terkini, sejak tahun 2000 rebet terus daripada cukai diberi kebenaran kepada majikan membuat penyelarasan apabila kakitangan membayar zakat secara Potongan Berjadual Bulanan data PCB yang dibuat.


..sila dapatkan maklumat lanjut dan pengiraan zakat secara 'online di laman
zakat/baitulmal Sabah