Laporan Hari Jumaat, 01, Ogos.2003

Perhimpunan Mingguan

Perhimpunan kali ini tanpa kehadiran Guru Besar, di mana beliau buat masa ini sedang menjalankan tugas-tugas khas di luar Sabah. Minggu ini guru bertugas diketuai oleh En. Nazarius. Beliau melaporkan keadaan sekolah sepanjang seminggu di mana ada beberapa kejadian curi dan kehilangan barang di kalangan murid-murid berleluasa. Sebahagian murid yang melakukan kesalahan tersebut telahpun dapat dikesan dan akan diambil tindakan oleh Badan Disiplin sekolah. Kali ini kelas terbersih disandang oleh Kelas 3 Pluto dan hadiah disumbangkan oleh PK KOKO berupa hamper makanan ringan.


Pertandingan Choral Speaking ZOn Inanam

Pasukan Choral Speaking SK Kolombong terus menyerlah dengan pencapaian yang semakin mantap dalam Pertandingan Peringkat Zon Inanam yang diadakan pada 29 Julai, 2003, bertempat di SJKC Yick Nam, Inanam. Buat kali keduanya, Pasukan SK Kolombong berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, khususnya kepada En. Abd. Malik Abd Raup, selaku Pengurus Pasukan kali ini.










Laporan Harian, Khamis, 31hb, Julai. 2003

SU Peperiksaan :

Pn. Judith, SU Peperiksaan sedang giat menyusun program bagi peperiksaan Pertengahan Penggal yang akan bermula pada 26, 27 dan 28 Ogos yang akan datang. Draf soalan hendaklah sampai ke Panitia masing-masing bermula 04 Julai ini. Pn. Judith menggesa agar semua yang terlibat dapat mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesukaran dalam menghadapi persediaan peperiksaan berkenaan.











Kantin :
Alhamdulillah, SK Kolombong mempunyai sebuah bangunan kantin yang agak lengkap. Justeru itu JK Kantin bertungkus lumus menyediakan aktiviti dan program bagi menjaga keceriaan kantin bagi keselesaan pengguna.Sayugia diharapkan kepada semua pengguna kantin sekolah agar sentiasa mematuhi setiap arahan demi keselesaan bersama.












Makmal Komputer:
SK Kolombong tidak ketinggalan dalam arus perdana di bidang Teknologi Maklumat & ICT. Buat masa ini SK Kolombong memiliki sebuah makmal komputer dan sebuah lagi dalam perancangan pembinaan. Sejajar dengan hasrat kerajaan agar pelajar-pelajar didedahkan kemahiran bermula di peringkat yang paling rendah lagi. Ini adalah persediaan ke arah melahirkan generasi pelapis mengisi wawasan negara yang mempunyai kepelbagaian kemahiran terutamanya di bidang ICT











Pendidikan Khas:
Selari dengan hasrat pendidikan negara, iaitu menjamin kesamarataan mendapat pendidikan di kalangan rakyat makan SK Kolombong diberi mandat dan kepercayaan bagi mengendalikan 2 kelas Pendidikan Khas. Kelas ini ditunjangi dengan 4 orang guru Pendidikan Khas yang terlatih.













..ke arkib berita