Berita Semasa ...   ::Anda perlu memuaturun RealPlayer jika tiada dalam PC anda, untuk mainkan file video::
 
Arkib Semasa
 

11 Mac, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Inanam berlangsung dengan jayanya, di mana kali ini SK Kolombong diberi amanah untuk menjadi tuan rumah. Peserta yang berjaya peringkat ini akan mewakili zon ke Peringkat Daerah Kota Kinabalu yang akan di adakan di SK Tg. Aru. Buat julung kalinya, MTQ Peringkat Kebangsaan tahun ini akan diadakan di negeri Sabah. Tahniah dan syabas kepada yang berjaya. bagi yang tidak berjaya, anda hanya tidak berpeluang untuk kali ini, insyaAllah anda akan mendapatnya pada MTQ yang akan datang.

Gambar :
En. Zamri yang mewakili Pemangku PPD Kota Kinabalu sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang Nasyid MTQ 2003 Zon Inanam.

 

06 Mar, Berikutan masalah air yang dihadapi oleh sekolah, pihak pentadbiran terpaksa mengambil tindakan drastik dengan membina sendiri tangki air sementara bagi menadah air hujan sebagai alternatif kepada penyelesaian sementara masalah air yang sangat kritikal sekarang. bayangkan bila murid tahun satu masuk ke tandas, sedangkan air tiada, 'benda' tu kena di'keluar'kan juga.... Masalah ini telah berkali-kali dilaporkan kepada pihak berwajib, namun hingga hari ini, masalah air semakin rumit ...
 
Aktiviti latihan kebararan 200306 Mar, latihan kebakaran telah diadakan dengan kerjasama Jab. Bomba & Penyelamat Kota Kinabalu. Antara program yang dijalankan ialah sesi taklimat dan soaljawab serta demonstrasi memadam kebakaran.

RealVideo - 56kbps


27 Feb, Bariiiiiissss ! Sedia ! demikianlah kata arahan dari Ketua Kontenjen Perbarisan SK Kolombong ke pertandingan perbarisan sempena MSS Peringkat Zon Inanam Kota Kinabalu di Stadium Likas, bermula hari ini.
 
 

 

© Segala kandungan dalam laman ini adalah hakmilik SK Kolombong. Sebarang penyalinan semula dalam apa juga bentuk hendaklah mendapat keizinan secara bertulis dari pihak pentadbir. Sebarang cadangan bolehlah dikemukakan kepada webmanager